Board logo

subject: Datin Seri Rosmah Mansor - Patron Of The Girl Guides - Rosmah Mansor [print this page]


Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah "Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan". Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts - WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah "Duke of Edinburgh's Award" atau kini dikenali sebagai "International Award Association".

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Current Patron: Datin Seri Rosmah

by: dsrone




welcome to Insurances.net (https://www.insurances.net) Powered by Discuz! 5.5.0   (php7, mysql8 recode on 2018)